CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 25, 2012

seruan jin atau manusia ??


aku tidak sehebat hanisah dalam speaking, tidak juga sehebat a'rifah dalam ilmu agamanya,tidak juga sehebat nabila dalam perkiraannya , apa lagi sehebat zahirah dalam berkata2, dan sudah pasti tidak sehebat fauziah dalam penulisannya .. tapi , aku sekadar ingin berkongsi .. as long as maksudnya sampai dan korang semua faham untuk amalkan, sudah cukup untuk aku :)

bismillahirrahmanirrahim ...

dekat sini aku ingin berkongsi apa yang aku dapat masa liqa' minggu lepas bersama naqibah .. kami semua telah membacakan surah An-Nas serta menteliti maksud nya .. jom kawan2 ! kita teliti semula maksudnya ...

bismillahirrahmanirrahim
1) katakanlah " Aku BERLINDUNG kepada Tuhannya manusia
2)Raja manusia
3)sembahan manusia

ayat 1- 3 ni memberi sifat Allah kan .? jom cek balik !:)

الله - i ) Tuhan manusia
ii) Raja manusia
iii) sembahan manusia

ok , kalau kita tengok kat dunia ni kan .. orang kaya pon kita dah pandang tinggi kan .. raja apatah lagi .. tapi , ALLAH .?? DIA lah Tuhan , DIA lah RAJA dan DIA jugalah SEMBAHAN manusia ! BESAR tak ALLAH tu .?? KAYA tak ALLAH .?? SANGAAAATTTT KAYA, SANGATTTTT BESAR !! DIA juga Tuhan sekalian ALAM ini .. pemilik ALAM , cube cek ayat kedua surah Al-Fatihah .. الحمد لله ربِّ العلمين (segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian ALAM)
subhanallah !

4) dari kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi,
5)yang membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia,
6)dari golongan JIN dan MANUSIA "

sambungan ayat 1-3 tadi .. kita BERLINDUNG dengan ALLAH dari siapa .?? dari kejahatan syaitan yang berbisik kan .?? syaitan berbisik dalam hati kita , jiwa kita ! tempat yang paling sukar untuk dijaga . ok , macam kita belajar jugak kan .. kalau HATI kita KOTOR , ilmu tu takkan sampai kan .. akan ade hijab antaranya ...betapa pentingnya hati itu untuk kita.. dan siapakah yang membisikkan kejahatan itu .?? dialah dari golongan JIN dan MANUSIA !

what ?? manusia jugak ke .?? kenapa .??
jangan kita lupa, pengaruh manusia lagi dahsyat daripada syaitan ! syaitan hanya menyeru , tapi , it depends on u to do or not .. kita tak nampak syaitan , kita boleh tepis lagi biskian dia ... macam mana dengan manusia .? datang depan2 korang ...

"weh , rambut kau lawa la,aku rase kalau ko free hair lagi cun kot!!"
"eh, yeke .?? petang ni kite hang out , ko tolong dandan eak" :D

"weh , ko nampak tak awek cun depan tu,aku battle ko pergi usya awek tu, kalau dapat , RM1oo aku bagi ! :D"
"sryes ni .? ok .. aku gerak lu , jangan lupe simpan duit aku ! compem dapat ! yezzzaaaa ;) "

aku tau sebab aku jugak manusia .. aku juga pernah mempengaruh orang dan aku juga pernah dipengaruh .. lumrah manusia .. kita semua a'si .. tapi .. kita boleh fikir semua itu semula , jika kita nampak syurga Allah dan kita tahu matlamat kita ..
korang tao tak .. ape syaitan akan cakap di akhirat nanti .? korang ingat dia nak mengaku salah dia menghasut kita semua anak2 Adam ni .?

mafhum-Nya :Dan setan berkata ketika perkara hisab telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang BENAR,dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku MENYALAHINYA.Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar aku MENYERU kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku,tetapi cercalah DIRIMU SENDIRI.Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak dapat menolongku.Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku dengan Allah sejak dahulu."Sungguh , orang yang ZALIM akan mendapat siksaan yang PEDIH"

-surah ibrahim:22-

nampak tak .?
dan korang ingat kawan2 yang ajak kita buat maksiat tu nak tanggung dosa kita .? dia nak mengaku .? dia pon boleh kata ." sape suruh ko ikut cakap aku?"
manusia akan saling salah menyalahi dekat padang mahsyar nanti .. itu PASTI ! sebab dia pon nak lepaskan diri dia dari azab yang PEDIH ..

wahai kawan2 yang aku kasihi..janganlah kita jadi manusia yang cintakan dunia sehingga kita lupa akan tanggungjawab yang telah diamanahkan ALLAH kepada kita.. kenapa kita nak kejar harta yang sementara .?? ape pulak bekalan kita yang untuk pergi syurga yang hakiki.. yang beribu ribu kali ganda mewahnya dari dunia ... kawan2 .. kejap je! jom kita cek surah Ar-Rahman .. dalam tue banyak gambaran tentang neraka dan syurga..

ayat 41 : orang2 yang berdosa itu diketahui tanda-tandanya , lalu diRENGGUT ubun-ubun dan kakinya .. ALLAH ! sakitnya :(
ayat 43 : inilah neraka JAHANAM yang didustakan oleh orang2 yang BERDOSA
ayat 44 :mereka berkeliling di sana di antara air yang mendidih..

jangankan kata air didih , kena cerek yang panas pon da menjerit kan ..=.=
maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu DUSTAkan.??





ayat 46 : dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga
ayat 48 : kedua syurga itu mempunyai pelbagai jenis pokok dan buah-buahan
ayat 54 : mereka bersandar di atas permaidani yang bagian dalamnya dari sutera tebal dan buah-buahan di kedua syurga dapat dipetik dari dekat.

subhanallah ! kat dunia ade ke macam tu .?? cube korang bayangkan , tambah pula dilayan oleh bidadari yang tak pernah disentuh oleh sesiapa pun layan korang macam raja .. maka nikmat Tuhanmu yang mana kamu DUSTAkan .??

mari kita fikirkan kawan2... kita renungkan balik .. apakah tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi ini .? sedangkan kita ni PEROSAK bumi ! hanya ada 2 tujuan sahaja :

1) dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. " Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi ". Mereka berkata ." apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana , sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
(2:30)

2) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka berIBADAH kepadaku.
(51:56)


tetapi , bila manusia leka dengan nikmat dunia , kita lupa akan tanggungjwab ini .. sungguh ! jalan untuk ke neraka , penuh dengan kenikmatan.. dan jalan ke syurga penuh dengan onak duri .. tetapi , jalan yang penuh onak duri itu , jika kita sanggup hadapinya ... nikmat yang PASTI menunggu di ATAS sana ! SYURGA yang pasti untuk orang2 yang BERIMAN dan BERTAKWA kepada ALLAH !

Al-Quran dan As-Sunnah sudah diberi sebagai panduan , tinggal untuk kita ikut dan penuhi syarat-syaratnya ... insyaAllah .. hidup kita akan sentiasa dirahmati-Nya :)

p/s : alhamdulillah .. sudah selesai menulis dengan izin-Nya .. ana hanya sebagai sandaran untuk menyampaikan perkara di atas ini .. seperti sabda Nabi S.A.W " sampaikanlah walaupun satu ayat" .. semoga kita dapat beramal dan bersama-sama menuju ke syurga Illahi :)
barakallahulakuma~=)


2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian.....

    manusia sekarang (termasuk saya) cuma reti baca surah an-nas je ..tapi tak pernah bertadabbur dengannya... melalui perkongsian sahabat ini...alhamdulillah... saya dpt memahami makna sebenar surah an-nas ni....
    Jom rajin2 baca al-Quran dan pada masa yg sama mentadabburnya :)

    btw, u eja nama i salah... 'arifah la ,,hewhewhew
    and i pon x terer mana ..masih byk lagi kena blajar :)

    ReplyDelete
  2. 'arifah : hehehe .. tadi confused jgak .. yg mne eja btol .. huhu .. maf deyh .. insyaAllah .. semoga kita mengamalkannya , bukan sekadar membaca ... baca dengan HATI bukan dengan akal .. :)

    ReplyDelete