CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 24, 2011

doa akhir tahun dan doa awal tahun

bismillahirrahmanirrahim ..

esok kita akan menyambut 1 Muharam , dan bila ianya hadir , habislah sudah amalan kita untuk tahun ini mengikut bulan Islam ..

di sini , ana nak berkongsi sedikit tentang apa yang pelu kita buat sebelum hari itu tiba ..

pada 30 zulhijjah , sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu asar) .. kita hendaklah membaca doa akhir tahun ... fadhilat membaca doa ini ialah dengan keizinan Allah , sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah S.W.T dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun ke belakang.. berikut adalah doanya :

DOA AKHIR TAHUN


" Segala pujian bagi Allah tuhan semesta alamm. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. YaAllah , apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah akmi.Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebebasan dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Maha Mulia.Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian.Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam."


DOA AWAL TAHUN

doa di bawah ini pula jika kita membacanya dan berdoa, aia dapat membenteng diri kita daripada gangguan syaitan, jika membacanya 3kali selepas solat rawatib ba'diyah Maghrib pada malam 1 Muharam , Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun....



"Segala pujian bagi Allah , Tuhan semesta alam.Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian.Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besr dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami,kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syitan yang direjam,pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kami kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu.Ya Allah , Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurniaan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dans ejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W , ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian.Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Semoga Allah perkenankan doa kita semua"


semoga kita sentiasa di abwah lembayung rahmat-Nya .. insyaAllah .. amiinnn~

No comments:

Post a Comment