CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 22, 2011

bidadari pilhan ~

Sebuah Renungan, Catatan dari Seorang Suami Untuk Isterinya…

Wahai Isteriku…

Malam telah larut, dan aku melihat engkau telah terlelap dengan indahnya menuju mimpi-mimpimu,

dapat aku melihat engkau tersenyum dengan indahnya di dalam tidurmu…

Wahai isteriku…

Beristirahatlah sebentar sebelum engkau bangun untuk mengerjakan solat malammu….

Wahai isteriku…

Dapat aku melihat butir-butir keringat membasahi keningmu,

mungkin kerana udara yang terasa panas di malam ini membuatmu banyak berkeringat dalam tidurmu,

memang kamar yang sempit ini tidak memikili penghawa dingin,

tidak banyak memiliki hiasan dan perabot yang mahal,

tidak juga kita beralaskan tempat tidur yang empuk dan mewah.

Namun diriku selalu bersyukur kepada Allah Ta’ala karena engkau menerima semua ini

dengan lapang dada dan penuh kesabaran…

Wahai isteriku…

Sewa rumah akan habis satu bulan lagi, dan tabungan kita belum cukup untuk membayar sewa rumah ini satu tahun ke depan,

Semoga Allah Ta’ala memberikan kita tambahan rezeki agar kita mampu memperpanjang sewa rumah kecil ini,

Agar kita terlindung dari terik panas dan dinginnya malam,

Agar anak-anak kita pun boleh bernaung dari derasnya hujan dan memiliki tempat bermain.

Memang tidak luas rumah yamg kita sewa ini, namun bersama dirimu dan anak-anak kita semuanya, ia menjadi taman syurga yang indah…

Wahai isteriku….

Kita memang tidak memiliki rumah tempat tinggal yang luas sebagai sebahagian dari kebahagiaan,

namun aku memiliki sebahagian kebahagiaan yang lain,

iaitu dirimu sebagai Isteri yang Solehah yang selalu berada di sampingku,

bersabar atas semua kesempitan dunia ini…

Wahai ibu dari anak-anaku….


Terima kasih kerana engkau tidak pernah mengeluh kerana ketidak

mampuan suamimu untuk membelikan sebuah rumah bagimu…

Duhai bidadariku yang Allah pilihkan untuku,

terima kasih engkau telah membangkitkan semangatku untuk ibadah kepada Allah Ta’ala di tengah-tengah kesulitan kita,

terima kasih atas kesabaranmu mendidik anak-anak kita di tengah kekurangan ini.

Terima kasih wahai isteriku…

Engkau selalu mengingatkan diriku untuk sentiasa bersyukur

kepada Allah Ta’ala atas rezeki yang di berikan-Nya kepada kita

sehingga kita boleh makan setiap hari tanpa kekurangan…

Wahai isteri dari hamba yang dha’if….

Perkenankanlah suamimu mengajakmu untuk membangun sebuah rumah

dan istana yang indah bagimu di syurga kelak, dunia ini bukan bahagian kita,

dan kita tidak akan tinggal lama di dalamnya,

biarlah kita kelak keluar dari kesempitan ini menuju kelapangan yang indah, InsyaAllah…

Wahai isteriku…

Mari kita bangunkan sebuah rumah di syurga dengan solat sunnah rawatib,

Berusahalah untuk menegakannya walau di tengah kesibukanmu

mengurus rumah tangga dan anak-anak kita,

Berusahalah demi kebaikanmu dan kebaikan kita semua,

aku akan membantumu dalam menjaga anak-anak kita

dan membantumu mengerjakan pekerjaan rumah yang mampu aku lakukan…

Wahai isteriku…

Mari kita bangun rumah di syurga dengan meninggalkan perdebatan,

demi Allah, perdebatan itu hanya akan meninggalkan permusuhan dan kebencian,

maka bersabarlah dalam dakwah,

Ketika engkau sedang menasihati seseorang maka perhatikanlah hak-haknya,

Jika dia bertanya kepadamu maka jawablah dengan baik sesuai dengan Al-Qur’an

dan Sunnah Rasulullah SAW, serta bersabarlah,

Jika ia mendebatmu maka tinggalkanlah dia…

Wahai istriku…

Janganlah engkau banyak bergurau, apalagi jika engkau memnambahkan dengan dusta,

Sungguh kedustaan itu akan meruntuhkan bahagian rumahmu di syurga kelak…

Wahai isteriku…

Perbaguslah akhlakmu, berhiaslah dengan akhlak yang solehah,

berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah,

kerana bukan saja engkau akan mendapatkan sebuah rumah di bahagian teratas syurga,

engkau juga akan mendapatkan kecintaan Allah Ta’ala,

kemudian dari aku suamimu,

dari anak-anakmu, dan dari kaum kerabatmu dan dari seluruh kaum muslimin…

Wahai isteriku…

Kenalilah dunia dengan segala perangkapnya dengan segala keburukan di dalamnya.

“Barangsiapa yang mengenal dunia, niscaya dia tidak akan senang dgn kemegahan yg

ada didalamnya dan tidak akan bersedih dengan bencana yang ada di dalamnya”.

Kerana itu wahai isteriku…

Mari kita lalui kehidupan di dunia ini sebagaimana seseorang yang asing,

sebagaimana seorang pengembara dalam perantauanya,

mengambil seperlunya saja apa yg menjadi hak kita,

karena kita akan meninggalkan negeri perantauan ini

dan kembali kepada kampung halaman akhirat yang kekal.

Mari kita kumpulkan bekal sebaik-baiknya,

Semoga kelak ketika kita pulang ke kampung halaman kita,

ada sebuah rumah yang indah menanti kita,

sebuah rumah yang telah kita bangun sejak jauh hari dari sekarang ini…

Ketika masìh di dunia ini…

Amiin….


-sekadar renungan dan semangat untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan jalan menuju kebahagiaan di JANNAH-

No comments:

Post a Comment